Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian VII · Pelbagai
Biosafety Act 2007 · Updated to 1 May 2019 · Bahagian VII · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, menjalankan suatu aktiviti yang baginya Akta ini terpakai hendaklah, dalam masa tiga bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, membuat suatu permohonan bagi kelulusan di bawah seksyen 13 atau mengemukakan suatu pemberitahuan di bawah subseksyen 22(1), mengikut mana-mana yang berkenaan.
Apabila diterima permohonan bagi kelulusan atau pengemukaan pemberitahuan di bawah subseksyen (1), Ketua
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 678
Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu pengakuterimaan penerimaan kepada orang itu.
Sementara menunggu penentuan permohonan atau pemberitahuan mengikut Bahagian III atau Bahagian IV, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu boleh terus menjalankan aktiviti itu.