Skip to content
In forceUpdated to 1 May 2019Read it in English
Contents

Bahagian VII · Pelbagai

63. Penyampaian notis

(1)

Apa-apa notis yang dikehendaki diberikan atau disampaikan di bawah Akta ini boleh dihantarkan dengan sendiri atau melalui pos berdaftar Akuan Terima, melainkan jika terdapat bentuk lain penyampaian yang ditetapkan—

(a)

dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di Malaysia, ke alamat pejabat berdaftar syarikat itu;

(b)

dalam hal suatu syarikat yang diperbadankan di luar

Malaysia, sama ada kepada individu yang diberi kuasa

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 678

untuk menerima penyampaian proses di bawah *Akta

Syarikat 1965 [Akta 125], atau ke alamat yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat atau kepada pejabat berdaftar syarikat itu, di mana-mana jua ia terletak; atau

(c)

dalam hal seorang individu atau kumpulan orang, ke alamat perniagaan atau persendirian individu atau kumpulan orang itu yang terakhir diketahui.

(2)

Jika orang yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar Akuan Terima yang mengandungi apa-apa notis yang diberikan di bawah Akta ini diberitahu hakikat bahawa terdapat suatu surat berdaftar Akuan Terima yang sedang menunggunya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau abai mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan padanya pada tarikh dia diberitahu sedemikian.

Report