Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bahagian IV · Tadbir Urus Bank

16. Pelantikan pengarah

Feedback & support
(1)

Pengarah yang disebut dalam perenggan 14(3)(c)

hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing.

(2)

Sebelum memberikan nasihat mengenai pelantikan seseorang ke jawatan pengarah di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah mengambil kira —

(a)

kejujuran dan kedudukan orang itu;

(b)

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu dalam perbankan, ekonomi atau kewangan; dan

(c)

kemungkinan terdapat apa-apa percanggahan antara kepentingan Bank dengan apa-apa kepentingan yang dimiliki atau diwakili oleh orang itu.

(3)

Seseorang pengarah hendaklah, pada setiap masa, bertindak secara jujur dan demi kepentingan Bank dan menggunakan usaha yang munasabah dalam menunaikan kewajipan jawatannya.

(4)

Seseorang pengarah tidak boleh menyalahgunakan apa-apa maklumat yang diperoleh atau menggunakan apa-apa pengaruh yang

Bank Negara Malaysia 27

tidak wajar oleh sebab kedudukannya sebagai seorang pengarah untuk mendapat, secara langsung atau tidak langsung, suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.

(5)

Seseorang pengarah tidak boleh bertindak sebagai wakil atau perwakilan dalam Lembaga daripada mana-mana kepentingan komersial, kewangan, pertanian, perindustrian atau kepentingan lain yang dengannya dia mempunyai kaitan:

Dengan syarat bahawa larangan itu tidak terpakai bagi mana-mana pengarah yang memegang atau pada masa yang berkenaan sedang memangku jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

(6)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan 17(2)(a), pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1)

hendaklah memegang jawatan bagi tempoh selama tiga tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.

(7)

Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar oleh Bank apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.

(8)

Seseorang pengarah boleh meletakkan jawatan melalui notis secara bertulis yang ditandatanganinya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Report

Bahagian V

Fungsi dan Operasi Monetari Bank

Bahagian VI

Fungsi Kestabilan Kewangan dan Kuasa Bank

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bahagian VII

Perniagaan Kewangan Islam

Bahagian VIII

Mata Wang

Bahagian IX

Rizab Luar Negara

Bahagian X

Hubungan Dengan Kerajaan

Bahagian XI

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules