Akta Bank Negara Malaysia 2009 · Updated to 1 Nov 2020 · Bahagian IV · Tadbir Urus Bank
21. Jawatankuasa Lembaga
Feedback & supportLembaga hendaklah menubuhkan jawatankuasa Lembaga yang berikut:
Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga;
Jawatankuasa Audit Lembaga; dan
Jawatankuasa Risiko Lembaga.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 701
Setiap Jawatankuasa Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa perkara dan hendaklah mempunyai apa-apa fungsi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk mengesyorkan anggota bagi Jawatankuasa Dasar
Monetari, Jawatankuasa Pentaksir dan jawatankuasa lain
Bank yang dilantik atau ditubuhkan oleh Bank dari semasa ke semasa;
untuk memeriksa dan mengesyorkan belanjawan dan rancangan operasi
Bank kepada Lembaga untuk kelulusan; dan
untuk bertanggungjawab bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
Fungsi Jawatankuasa Audit Lembaga adalah untuk membantu
Lembaga dalam pengawasannya ke atas—
integriti akaun dan penyata kewangan Bank;
keberkesanan sistem kawalan dalaman Bank;
pelaksanaan fungsi audit dalaman Bank; dan
pematuhan oleh Bank dengan kehendak undang-undang dan pengawalseliaan.
Fungsi Jawatankuasa Risiko Lembaga adalah untuk membantu
Lembaga dalam pengawasannya ke atas kajian semula dan pengurusan risiko perusahaan Bank.
Setiap Jawatankuasa Lembaga hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga orang pengarah yang dilantik di bawah subseksyen 16(1).
Bank Negara Malaysia 33
Melainkan jika Lembaga menentukan selainnya, tatacara bagi setiap Jawatankuasa
Lembaga hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.