Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bahagian III · Peruntukan Kewangan

7. Kumpulan Wang Rizab Am

Feedback & support
(1)

Hendaklah ada suatu Kumpulan Wang Rizab Am yang hendaklah termasuk amaun yang ada pada kredit Kumpulan Wang

Rizab Am yang ditubuhkan di bawah seksyen 7 Akta dimansuhkan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan apa-apa amaun lain yang diletakkan pada kredit Kumpulan Wang Rizab Am di bawah Akta ini.

(2)

Pada akhir setiap tahun kewangan, keuntungan bersih Bank bagi tahun itu hendaklah ditentukan selepas mengambil kira perbelanjaan operasi dalam melaksanakan matlamatnya, menjalankan fungsinya dan melakukan urusan atau hal ehwalnya, termasuk sumbangan kepada kumpulan wang kebajikan kakitangan, simpanan dan pencen, pemberian atau sumbangan lain kepada mana-mana orang yang diperuntukkan oleh Akta ini atau undang undang bertulis lain dan selepas peruntukan telah dibuat bagi hutang lapuk dan ragu, susut nilai aset dan kontingensi lain yang biasanya diperuntukkan oleh bank-bank.

(3)

Bank boleh memindahkan apa-apa amaun daripada keuntungan bersih itu kepada mana-mana rizab kontingensi, rizab turun naik atau apa-apa rizab lain sebagaimana yang disifatkan berhemat atau perlu oleh Lembaga.

(4)

Untung bersih Bank ditolak apa-apa laba belum terealisasi dan selepas pindahan di bawah subseksyen (3) hendaklah diuruskan seperti yang berikut:

(a)

apa-apa amaun yang ditentukan oleh Menteri, atas syor

Lembaga, hendaklah diletakkan pada kredit Kumpulan

Wang Rizab Am; dan

(b)

bakinya hendaklah dibayar kepada Kerajaan:

Bank Negara Malaysia 21

Dengan syarat bahawa —

(i)

dalam hal mana-mana tahun yang pada akhir tahun itu Kumpulan Wang Rizab Am adalah kurang daripada modal Bank, keseluruhan untung bersih itu hendaklah dikreditkan pada Kumpulan Wang

Rizab Am; dan

(ii)

dalam hal mana-mana tahun yang pada akhir tahun itu Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada modal Bank, tetapi kurang daripada dua kali ganda modal Bank, tidak kurang daripada tiga puluh peratus untung bersih itu hendaklah dikreditkan pada Kumpulan Wang Rizab Am.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Bank daripada memindahkan apa-apa amaun daripada Kumpulan Wang

Rizab Am kepada mana-mana rizab kontingensi, rizab turun naik atau apa-apa rizab lain sebagaimana yang disifatkan berhemat atau perlu oleh Lembaga.

Report

Bahagian IV

Tadbir Urus Bank

Bahagian V

Fungsi dan Operasi Monetari Bank

Bahagian VI

Fungsi Kestabilan Kewangan dan Kuasa Bank

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bahagian VII

Perniagaan Kewangan Islam

Bahagian VIII

Mata Wang

Bahagian IX

Rizab Luar Negara

Bahagian X

Hubungan Dengan Kerajaan

Bahagian XI

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules