Akta Bank Negara Malaysia 2009 · Updated to 1 Nov 2020 · Bahagian III · Peruntukan Kewangan
13. Penyediaan dan penerbitan penyata kewangan dan laporan
Feedback & supportBank hendaklah dalam tempoh tiga bulan dari tutupnya tahun kewangannya —
mengemukakan kepada Menteri suatu salinan penyata kewangan Bank yang disediakan di bawah seksyen 9 dan diperakui oleh Ketua Audit Negara, dan penyata itu kemudiannya hendaklah disiarkan dalam Warta; dan
mengemukakan kepada Menteri suatu laporan oleh
Lembaga mengenai urusan Bank sepanjang tahun itu dan laporan itu hendaklah diterbitkan oleh Bank.
Bank Negara Malaysia 23
Penyata kewangan Bank dan laporan yang disebut dalam perenggan (1)(b) hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Negara dan Dewan Rakyat atau jika Dewan Negara dan Dewan Rakyat tidak bersidang, pada persidangan dalam mesyuarat Dewan Negara dan
Dewan Rakyat yang berikutnya.