Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2020Read it in English

Bahagian X · Hubungan Dengan Kerajaan

70. Nasihat kepada, dan bertindak secara am sebagai ejen, Kerajaan

Feedback & support
(1)

Gabenor atau mana-mana Timbalan Gabenor dengan kelulusan Menteri atau mana-mana pegawai Bank dengan kelulusan

Gabenor, boleh atas permintaan Kerajaan, bertindak sebagai anggota mana-mana jawatankuasa atau suruhanjaya yang dilantik oleh

Kerajaan untuk menasihati atau memeriksa apa-apa perkara yang melibatkan perkara monetari, kewangan, perbankan atau mata wang di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.

(2)

Bank, jika sesuai dan selaras dengan matlamatnya dan peruntukan

Akta ini dan jika ia berkemahiran dan mempunyai kepakaran —

Bank Negara Malaysia 71

(a)

hendaklah, atas permintaan Kerajaan atau jika dianggap perlu oleh Bank demi kepentingan ekonomi, menasihati

Kerajaan tentang perkara ekonomi;

(b)

boleh, atas permintaan Kerajaan, bertindak sebagai anggota mana-mana jawatankuasa yang melibatkan perkara ekonomi di Malaysia;

(c)

boleh, atas permintaan Kerajaan, mewakili Kerajaan sebagai ejennya dalam segala urus niaga, rundingan atau transaksi yang berhubungan dengan perkara monetari, kewangan, perbankan, mata wang atau ekonomi dengan mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa di luar Malaysia yang dengannya Kerajaan terikat atau memberikan sokongan atau kelulusan; atau

(d)

boleh bertindak secara am sebagai ejen kepada Kerajaan atas apa-apa terma dan syarat yang hendaklah dipersetujui antara Bank dengan Kerajaan.

Report

Bahagian XI

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XII

Perkara Antarabangsa

Bahagian XIII

Pegawai dan Pekerja

Bahagian XIV

Bahagian XV

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules