Skip to content

Seksyen 71

Pembiayaan sementara kepada Kerajaan

of Akta Bank Negara Malaysia 2009

ActIn forceProvision 72 of 101
Seksyen 71
(1)

Lembaga boleh memberikan pembiayaan sementara kepada Kerajaan atas terma pasaran semasa berkenaan dengan kekurangan sementara hasil belanjawan.

(2)

Semua pembiayaan yang diberikan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibayar balik dengan seberapa segera yang mungkin dan hendaklah dalam apa-apa hal kena dibayar tidak lebih daripada tiga bulan selepas berakhirnya tahun kewangan Kerajaan yang dalamnya pembiayaan itu diberikan; dan jika selepas tarikh itu apa-apa pembiayaan masih tertunggak, kuasa Bank untuk memberikan pembiayaan selanjutnya bagi mana-mana tahun kewangan yang berikutnya tidak boleh dijalankan melainkan jika dan sehingga pembiayaan tertunggak itu telah dibayar balik.

(3)

Agregat amaun pembiayaan yang diberikan oleh Bank di bawah subseksyen (1) dan sekuriti yang diterbitkan oleh Kerajaan, yang dibeli oleh Bank tidak termasuk apa-apa sekuriti yang diperoleh semasa, atau

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 701

dipegang semata-mata bagi, operasi dasar monetari, tidak boleh pada bila-bila masa melebihi dua belas setengah peratus daripada anggaran penerimaan Persekutuan yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut Perkara 99

Perlembagaan Persekutuan bagi tahun kewangan Kerajaan yang dalamnya pembiayaan itu diberikan.