Akta Bank Negara Malaysia 2009 · Updated to 1 Nov 2020 · Bahagian XI · Kuasa Bank yang Lain
74. Pemerolehan harta tak alih
Feedback & supportBank boleh membeli, memperoleh atau memajak harta tak alih —
(a)
bagi maksud menjalankan fungsinya atau melakukan urusan atau hal ehwalnya mengikut Shariah menurut seksyen 73;
(b)
bagi peruntukan atau peruntukan masa hadapan bagi —
(i)
premis perniagaan untuk Bank dan agensinya dan mana-mana rumah penjelasan yang ditubuhkan menurut seksyen 46;
(ii)
kediaman bagi Gabenor, Timbalan Gabenor, pegawai dan pekerja; dan
(iii)
kemudahan untuk meningkatkan kebajikan pegawai dan pekerja; atau
(c)
sebagaimana yang diperuntukkan dalam mana-mana peruntukan Akta ini.