Skip to content

Seksyen 76

Perniagaan yang tidak boleh diurusniagakan oleh Bank

of Akta Bank Negara Malaysia 2009

ActIn forceProvision 77 of 101
Seksyen 76

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, Bank tidak boleh atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain—

(a)

terlibat dalam perdagangan atau selainnya mempunyai suatu kepentingan secara langsung dalam apa-apa pengusahaan komersial, pertanian, perindustrian atau apa-apa pengusahaan lain kecuali dalam perjalanan urusan penunaian hutang yang tertunggak kepada Bank dengan syarat bahawa apa-apa kepentingan itu hendaklah dilupuskan pada peluang bersesuaian yang paling awal;

(b)

memberikan pembiayaan yang dicagarkan dengan mana-mana syer;

(c)

membeli syer mana-mana perbadanan;

(d)

memberikan pembiayaan tidak bercagar atau pembiayaan bercagar selain yang dinyatakan dalam Akta ini:

Dengan syarat bahawa dalam hal apa-apa hutang yang tertunggak kepada Bank menjadi, pada pendapat Bank, terancam, Bank boleh mencagarkan hutang itu dengan apa-apa harta alih atau harta tak alih milik penghutang itu dan boleh memperoleh harta itu, yang hendaklah, walau bagaimanapun, dijual semula pada masa bersesuaian yang paling awal;

(e)

mengeluarkan atau menerima bil yang boleh dibayar selain atas tuntutan; dan

(f)

menerima sebagai diskaun, atau sebagai jaminan bagi apa-apa pembiayaan yang diberikan oleh Bank, bil atau nota yang ditandatangani oleh anggota Lembaga atau oleh pegawai atau pekerja Bank.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 701