Seksyen 10
Tatacara Lembaga dan arahan am Menteri
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Menteri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menentukan kuorum bagi apa-apa mesyuarat Lembaga dan menetapkan tatacara yang hendak diikuti oleh Lembaga bagi maksud menentukan permohonan bagi pengeluaran sesuatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau bagi menjalankan apa-apa fungsi lain yang ditugaskan kepada Lembaga di bawah Akta ini.
(2)
Tertakluk pada Akta ini, Menteri boleh secara bertulis memberi arahan am mengenai polisi yang hendak diikuti oleh Lembaga semasa menentukan permohonan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi kepentingan awam dan Lembaga hendaklah mematuhi arahan am tersebut.