Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 · Updated to 10 Jul 2025 · Bahagian II · Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
8. Jawatankuasa
Feedback & support(1)
Lembaga boleh melantik apa-apa jawatankuasa yang terdiri daripada dua orang atau lebih untuk membantu Lembaga dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Tatacara dan fungsi mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah ditentukan oleh Lembaga:
Dengan syarat bahawa jawatankuasa tersebut hendaklah menyimpan minit prosidingnya dan salinan minit tersebut hendaklah dibentangkan di hadapan Lembaga dengan segera.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 334