Seksyen 13
Maklumat hendaklah diberi kepada Lembaga
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
ActIn forceProvision 14 of 81
Seksyen 13
Semua daftar dan rekod dan dokumen lain yang disimpan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa yang berhubungan dengan pemberian atau penolakan lesen untuk membawa barangan atau penumpang sebelum berkuat kuasanya Akta ini hendaklah diberi oleh orang atau pihak berkuasa itu kepada Lembaga apabila diminta oleh
Lembaga dan orang atau pihak berkuasa tersebut hendaklah membekalkan
Lembaga dengan apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan perkara tersebut di atas sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.