Seksyen 6
Keanggotaan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak
of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak hendaklah terdiri daripada anggota berikut yang akan dilantik oleh Menteri:
(a)
Pengerusi;
(aa) Timbalan Pengerusi;
(b)
seorang wakil Kerajaan Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;
(c)
seorang wakil Jabatan Pengangkutan Jalan;
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 19
(d)
seorang wakil
Kementerian
Persekutuan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan pelesenan kenderaan perdagangan yang hendaklah menjadi Setiausaha Lembaga;
dan
(e)
tidak lebih daripada enam orang yang pada pendapat
Menteri mempunyai pengalaman luas atau pengetahuan khas mengenai perkara yang berhubungan dengan pengangkutan.