Skip to content

Seksyen 9

Peruntukan berhubungan dengan anggota Lembaga dan jawatankuasa

of Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

ActIn forceProvision 10 of 81
Seksyen 9
(1)

Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai anggota Lembaga atau sebagai anggota apa-apa jawatankuasa melainkan sebelum pelantikan itu, orang itu membuat suatu akuan berkanun sama ada dia mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam apa-apa pengusahaan yang melibatkan kenderaan perdagangan dan, jika ada, apakah kepentingan kewangan itu.

(2)

Jika mana-mana anggota Lembaga atau anggota sesuatu jawatankuasa memperoleh apa-apa kepentingan kewangan dalam apa-apa pengusahaan yang melibatkan kenderaan perdagangan, dia hendaklah dalam masa empat minggu selepas memperolehnya, memberi notis bertulis kepada Menteri dengan menyatakan kepentingan yang diperolehnya, dan Menteri selepas menimbangkan perkara itu boleh, jika difikirkannya patut, mengisytiharkan bahawa anggota tersebut telah mengosongkan jawatannya.

(3)

Pengerusi dan anggota Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5 dan 6 hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa mereka dilantik dan adalah layak untuk dilantik semula.

(4)

Menteri boleh melantik anggota silih ganti berkenaan dengan tiap-tiap anggota Lembaga (tidak termasuk Pengerusi) untuk menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga apabila anggota tersebut tidak dapat menghadiri mesyuarat itu oleh sebab sakit, ketidakupayaan atau apa-apa sebab lain.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 21

(5)

Lembaga boleh melantik anggota silih ganti berkenaan dengan tiap-tiap anggota jawatankuasa untuk menghadiri sesuatu mesyuarat jawatankuasa apabila anggota tersebut tidak dapat menghadiri mesyuarat itu oleh sebab sakit, ketidakupayaan atau apa-apa sebab lain.

(6)

Pengerusi hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan

Menteri Kewangan.

(7)

Tiap-tiap anggota Lembaga dan anggota setiap jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 8 boleh dibayar elaun mengikut apa-apa kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan Menteri Kewangan.

(8)

Tiap-tiap anggota Lembaga dan jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 8 hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574].