Skip to content

Seksyen 20A

of Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953

ActIn forceProvision 26 of 38

Seksyen 20A

(1)

Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan lain dalam mana-mana undang-undang bertulis, jika suatu kesalahan di bawah

Akta ini telah dilakukan, sama ada atau tidak mana-mana orang telah disabitkan berkenaan dengannya, dan kesalahan itu telah dilakukan atau berupa telah dilakukan oleh mana-mana pertubuhan, syarikat atau firma, tiap-tiap pemegang jawatan dalam pertubuhan itu dan tiap-tiap pengarah syarikat itu dan tiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, syarikat atau firma itu pada masa perlakuan kesalahan itu, melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan baginya, melainkan jika dia menunjukkan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang perlakuan kesalahan itu.

(2)

Mana-mana pemegang jawatan, pengarah, pekongsi dan mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, syarikat atau firma itu boleh didakwa di bawah seksyen ini, walaupun dia mungkin tidak mengambil bahagian dalam perlakuan kesalahan itu.