Seksyen 21A
Pemotongan bekalan tenaga
of Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953
Jika pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Penolong Penguasa berpuas hati berdasarkan maklumat bertulis dan setelah apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang baik untuk mempercayai bahawa mana-mana premis atau mana-mana bahagian mana-mana premis digunakan bagi maksud perjudian, dia boleh memohon kepada pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen bagi pemotongan bekalan tenaga kepada premis itu bagi tempoh tidak melebihi satu bulan kalendar.
(2)
Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat di bawah dan mengikut peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 atau
Ordinan Elektrik Sarawak, mengikut kehendak keadaan.
(3)
Apabila bekalan tenaga ke mana-mana premis telah dipotong di bawah subseksyen (1), bekalan tenaga tidak akan disambung semula ke premis itu oleh pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen tanpa kebenaran bertulis daripada pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa.
(4)
Suatu penyambungan semula bekalan tenaga kepada mana-mana premis di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan di bawah dan mengikut peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 atau
Ordinan Elektrik Sarawak, mengikut kehendak keadaan.