Seksyen 24
Perbicaraan
of Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953
ActIn forceProvision 33 of 38
Seksyen 24
(1)
Segala kesalahan terhadap Akta ini hendaklah dibicarakan secara terus oleh seorang Majistret.
(2)
Dalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini, mahkamah boleh merujuk, bagi maksud keterangan kepada buku “Gambling Games in
Malaya” oleh C.T. Dobree, dan kepada mana-mana buku atau rencana lain yang diterbitkan mengenai perkara perjudian menyalahi undang-undang yang mahkamah berpendapat ialah autoriti mengenai perkara yang dimaksudkan olehnya itu.
(3)
Apa-apa hukuman yang diberi kuasa oleh Akta ini boleh dikenakan oleh Mahkamah Majistret, walaupun ia melebihi hukuman yang boleh dikenakan oleh mahkamah itu secara lazimnya.