Skip to content

Seksyen 10

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 10 of 67

Seksyen 10

(1)

Suatu perusahaan adalah dilarang untuk terlibat, sama ada secara sendirian atau kolektif, dalam apa-apa perlakuan yang berupa suatu penyalahgunaan kedudukan dominan dalam mana-mana pasaran bagi barangan atau perkhidmatan.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu penyalahgunaan kedudukan dominan boleh termasuk—

(a)

secara langsung atau tidak langsung mengenakan harga belian atau jualan yang tidak adil atau syarat perdagangan lain yang tidak adil ke atas pembekal atau pelanggan;

(b)

membataskan atau mengawal—

(i)

pengeluaran;

(ii)

saluran keluar pasaran atau capaian pasaran;

Persaingan 17

(iii)

pembangunan teknikal atau teknologi; atau

(iv)

pelaburan, sehingga memudaratkan pengguna;

(c)

enggan untuk membekalkan kepada suatu perusahaan atau kumpulan atau kategori perusahaan tertentu;

(d)

mengenakan syarat yang berlainan kepada transaksi yang setara dengan pihak perdagangan yang lain ke suatu takat yang boleh—

(i)

tidak menggalakkan kemasukan baru ke dalam pasaran atau pengembangan atau pelaburan oleh pesaing yang sedia ada;

(ii)

memaksa keluar dari pasaran atau selainnya merosakkan secara serius seorang pesaing yang sedia ada yang tidak kurang cekapnya berbanding dengan perusahaan dalam kedudukan dominan itu; atau

(iii)

memudaratkan persaingan dalam apa-apa pasaran yang disertai oleh perusahaan yang dominan itu atau dalam apa-apa pasaran hiliran atau huluan;

(e)

menjadikan pengikatan kontrak tertakluk kepada penerimaan oleh pihak lain akan syarat tambahan yang atas sifatnya atau menurut kegunaan komersial tidak mempunyai kaitan dengan hal perkara kontrak itu;

(f)

berkelakuan seakan pemangsa terhadap pesaing; atau

(g)

membeli barangan perantaraan atau sumber yang terhad bekalannya yang dikehendaki oleh seorang pesaing, dalam hal keadaan yang perusahaan dalam kedudukan dominan itu tidak mempunyai justifikasi komersial yang munasabah untuk membeli barangan perantaraan atau sumber itu untuk memenuhi keperluannya sendiri.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 712

(3)

Seksyen ini tidak melarang suatu perusahaan yang dalam kedudukan dominan daripada mengambil apa-apa langkah yang mempunyai justifikasi komersial yang munasabah atau merupakan suatu respons komersial yang munasabah kepada kemasukan ke dalam pasaran atau perlakuan pasaran seorang pesaing.

(4)

Hakikat bahawa bahagian pasaran mana-mana perusahaan adalah mengatasi atau di bawah apa-apa peringkat tertentu tidak dengan sendirinya boleh dianggap sebagai konklusif tentang sama ada perusahaan itu berada, atau tidak berada, pada suatu kedudukan dominan dalam pasaran itu.