Seksyen 14
ActIn forceProvision 14 of 67
Seksyen 14
(1)
Suruhanjaya boleh menjalankan apa-apa penyiasatan yang difikirkan suai manfaat oleh Suruhanjaya jika Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa mana-mana perusahaan telah melanggar atau sedang melanggar mana-mana larangan di bawah Akta ini atau mana-mana orang telah melakukan atau sedang melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
(2)
Suruhanjaya hendaklah, atas arahan Menteri, menyiasat apa-apa pelanggaran yang disyaki terhadap mana-mana larangan atau pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 712