Skip to content

Seksyen 4

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 4 of 67

Seksyen 4

(1)

Suatu perjanjian mendatar atau menegak antara perusahaan dilarang setakat yang perjanjian itu mempunyai matlamat atau kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran bagi barangan atau perkhidmatan.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 712

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu perjanjian mendatar antara perusahaan yang mempunyai matlamat untuk—

(a)

menetapkan, secara langsung atau tidak langsung, suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain;

(b)

berkongsi pasaran atau punca bekalan;

(c)

membataskan atau mengawal—

(i)

pengeluaran;

(ii)

saluran keluar pasaran atau capaian pasaran;

(iii)

pembangunan teknikal atau teknologi; atau

(iv)

pelaburan; atau

(d)

melakukan tipuan bida, adalah disifatkan mempunyai matlamat atau kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran bagi barangan atau perkhidmatan.

(3)

Mana-mana perusahaan yang merupakan suatu pihak kepada suatu perjanjian yang dilarang di bawah seksyen ini adalah bertanggungan bagi pelanggaran larangan itu.