Skip to content

Seksyen 13

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 13 of 67

Seksyen 13

(1)

Larangan di bawah Bahagian II tidak terpakai bagi perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Kedua.

(3)

Menteri hendaklah, sebelum membuat suatu pindaan kepada Jadual Kedua—

(a)

menyiarkan notis mengenai niatnya untuk membuat pindaan itu dan pindaan yang dicadangkan itu;

(b)

memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari dari tarikh notis untuk membolehkan apa-apa penghujahan dibuat oleh orang awam berhubung dengan pindaan yang dicadangkan itu; dan

(c)

memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat.