Seksyen 61
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 712
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.