Skip to content

Seksyen 11

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 11 of 67

Seksyen 11

(1)

Suruhanjaya boleh, atas inisiatifnya sendiri atau atas permintaan Menteri, menjalankan suatu kajian semula terhadap mana-mana pasaran untuk menentukan sama ada apa-apa ciri atau gabungan ciri pasaran itu menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan dalam pasaran.

(2)

Kajian semula itu termasuklah kajian mengenai—

(a)

struktur pasaran yang berkenaan;

(b)

perlakuan perusahaan dalam pasaran;

(c)

perlakuan pembekal dan pelanggan kepada perusahaan dalam pasaran; atau

(d)

apa-apa perkara berkenaan yang lain.