Skip to content

Seksyen 3

Pemakaian

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 3 of 67
Seksyen 3
(1)

Akta ini terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial, di dalam dan tertakluk kepada subseksyen (2), di luar Malaysia.

(2)

Berhubung dengan pemakaian Akta ini di luar Malaysia,

Akta ini terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial yang dijalankan di luar Malaysia yang mempunyai kesan terhadap persaingan dalam apa-apa pasaran di Malaysia.

(3)

Akta ini tidak terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial yang dikawal selia di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Pertama.

(4)

Bagi maksud Akta ini, “aktiviti komersial” ertinya apa-apa aktiviti yang bersifat komersial tetapi tidak termasuk—

(a)

apa-apa aktiviti, secara langsung atau tidak langsung dalam penjalanan kuasa kerajaan;

(b)

apa-apa aktiviti yang dijalankan berasaskan prinsip perpaduan; dan

(c)

apa-apa pembelian barangan atau perkhidmatan yang bukan bagi maksud untuk menawarkan barangan atau perkhidmatan sebagai sebahagian daripada suatu aktiviti ekonomi.