Skip to content

Seksyen 7

Pembatalan atau perubahan pengecualian individu

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 7 of 67
Seksyen 7
(1)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

terdapat suatu perubahan material pada hal keadaan sejak ia memberikan suatu pengecualian individu; atau

(b)

suatu obligasi telah dilanggar,

Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(i)

membatalkan pengecualian individu itu;

(ii)

mengubah atau mengeluarkan apa-apa syarat atau obligasi; atau

(iii)

mengenakan syarat atau obligasi tambahan.

(2)

Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

maklumat yang berasaskannya Suruhanjaya membuat keputusan untuk memberikan suatu pengecualian individu itu adalah palsu atau mengelirukan dalam hal perkara material; atau

(b)

apa-apa syarat telah dilanggar,

Suruhanjaya boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan pengecualian individu itu.

(3)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perintah itu dibuat.

(4)

Suatu pengecualian individu yang dibatalkan—

(a)

menurut kuasa perenggan (2)(a) adalah terbatal ab initio;

atau

(b)

menurut kuasa perenggan (2)(b) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh syarat itu dilanggar.

Persaingan 15