Skip to content

Seksyen 22

Pelantikan adjudikator oleh pihak-pihak

of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012

ActIn forceProvision 22 of 41
Seksyen 22
(1)

Pihak yang menuntut hendaklah memberitahu adjudikator yang hendak dilantik di bawah perenggan 21(a) secara bertulis dan memberikannya suatu salinan notis adjudikasi.

(2)

Adjudikator hendaklah mencadangkan dan merundingkan terma pelantikannya termasuk fi yang kena dibayar dengan pihak-pihak itu dan hendaklah dalam masa sepuluh hari bekerja dari tarikh dia diberitahu tentang pelantikannya, menunjukkan penerimaannya dan terma pelantikannya.

(3)

Jika adjudikator menolak pelantikannya atau tidak menunjukkan penerimaan pelantikannya dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), pihak-pihak itu boleh terus melantik adjudikator yang lain dengan cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 21.

Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 19