Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 · Updated to 22 Jun 2012 · Bahagian III · Adjudikator
26. Kuasa adjudikator tidak terjejas oleh ketidakpatuhan
Feedback & supportTertakluk kepada subseksyen (2), ketidakpatuhan oleh pihak-pihak dengan peruntukan Akta ini sama ada berkenaan dengan had masa, bentuk atau kandungan atau dalam apa-apa perkara lain hendaklah dikira sebagai suatu ketidakteraturan dan tidak menidaksahkan kuasa adjudikator untuk mengadjudikasi pertikaian atau membatalkan prosiding adjudikasi atau keputusan adjudikasi.
Adjudikator boleh atas alasan terdapat ketidakpatuhan berkenaan dengan prosiding adjudikasi atau dokumen yang dikemukakan dalam prosiding adjudikasi—
mengetepikan prosiding adjudikasi itu secara keseluruhannya atau sebahagiannya;
membuat apa-apa perintah yang berkaitan dengan prosiding adjudikasi sebagaimana yang disifatkan patut oleh adjudikator itu; atau
membenarkan pindaan dibuat pada dokumen yang dikemukakan dalam prosiding adjudikasi.