Seksyen 23
Pelantikan adjudikator oleh Pengarah PTSKL
of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012
Pengarah PTSKL hendaklah melantik seorang adjudikator di bawah perenggan 21(b) dalam masa lima hari bekerja apabila diterima suatu permintaan dan hendaklah memberitahu pihak-pihak itu dan adjudikator secara bertulis.
(2)
Adjudikator hendaklah mencadangkan dan merundingkan terma pelantikannya termasuk fi yang kena dibayar dengan pihak-pihak itu dan hendaklah dalam masa sepuluh hari bekerja dari tarikh dia diberitahu tentang pelantikannya, menunjukkan penerimaannya dan terma pelantikannya.
(3)
Jika adjudikator itu menolak pelantikannya atau tidak menunjukkan penerimaan pelantikannya dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2)—
(a)
pihak-pihak itu boleh bersetuju untuk melantik seorang adjudikator yang lain mengikut cara yang diperuntukkan di bawah perenggan 21(a); atau
(b)
Pengarah PTSKL boleh terus melantik seorang adjudikator yang lain mengikut cara yang diperuntukkan di bawah perenggan 21(b).