Seksyen 27
Bidang kuasa adjudikator
of Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012
Tertakluk kepada subseksyen (2), bidang kuasa adjudikator berhubung dengan apa-apa pertikaian adalah terhad kepada perkara yang dirujukkan kepada adjudikasi oleh pihak-pihak menurut seksyen 5 dan 6.
(2)
Pihak-pihak kepada adjudikasi boleh pada bila-bila masa melalui persetujuan secara bertulis melanjutkan bidang kuasa adjudikator untuk membuat keputusan mengenai apa-apa perkara lain yang tidak dirujuk kepada adjudikator menurut seksyen 5
dan 6.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 746
(3)
Walau apa pun cabaran bidang kuasa, adjudikator boleh dengan budi bicaranya meneruskan dan menyiapkan prosiding adjudikasi tanpa menjejaskan hak mana-mana pihak untuk memohon mengetepikan keputusan adjudikasi di bawah seksyen 15
atau untuk membantah permohonan untuk menguatkuasakan keputusan adjudikasi di bawah subseksyen 28(1).