Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VI · Perniagaan Kredit Islam
81. Kewajipan untuk memastikan pematuhan Shariah
Feedback & supportSuatu pemberi kredit Islam hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa perniagaan kredit Islamnya, hal ehwalnya dan aktivitinya adalah mematuhi Shariah dan menguruskan perniagaannya, hal ehwal dan aktivitinya mengikut cara yang mematuhi Shariah.
Undang-Undang Malaysia 78
Suatu pemberi kredit Islam boleh, melalui Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaannya, mendapatkan nasihat atau keputusan daripada Majlis Penasihat Shariah mengenai perkara
Shariah berkenaan dengan perniagaan kredit Islamnya, hal ehwalnya atau aktivitinya yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh
Majlis Penasihat Shariah.
Suatu pematuhan kepada apa-apa nasihat atau keputusan
Majlis Penasihat Shariah berkenaan dengan apa-apa perniagaan kredit Islam, hal ehwal atau aktiviti tertentu hendaklah disifatkan sebagai suatu pematuhan kepada Shariah berkenaan dengan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu.
Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh menjalankan suatu penilaian sebagaimana yang ia fikirkan perlu untuk menentukan sama ada pemberi kredit Islam itu sedang menjalankan atau telah menjalankan perniagaan kredit Islamnya, hal ehwalnya atau aktivitinya mengikut cara yang mematuhi
Shariah.
Mana-mana pemberi kredit Islam yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.