Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VI · Perniagaan Kredit Islam
82. Dasar dan tatacara dalaman mengenai perniagaan kredit Islam
Feedback & supportSuatu pemberi kredit Islam hendaklah, pada setiap masa memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya mengenai perniagaan kredit Islam adalah selaras dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 122(2)(b) dan (c) dan standard atau garis panduan yang dibuat di bawah perenggan 123(2)(b)
dan (c).
Tiap-tiap pengarah, pekongsi atau pegawai suatu pemberi kredit Islam, dan seseorang yang dilantik oleh suatu pemberi kredit
Islam untuk menasihati mengenai pematuhannya kepada Shariah hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh pemberi kredit Islam itu termasuk dasar dan tatacara dalaman untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 122(2)(b) dan (c) dan standard atau garis panduan yang dibuat di bawah perenggan 123(2)(b)
dan (c).
Kredit Pengguna 79