Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian VII · Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

86. Kesusahan kewangan

Feedback & support
(1)

Bagi maksud perenggan 85(1)(h), Suruhanjaya boleh mengeluarkan standard atau garis panduan di bawah seksyen 123

untuk menentukan—

(a)

hal keadaan yang layak sebagai kesusahan kewangan; dan

(b)

bentuk dan cara bantuan yang akan diberikan oleh suatu pemberi kredit, jika penentuan itu adalah, menurut pendapat Suruhanjaya, perlu atau wajar.

(2)

Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),

Suruhanjaya hendaklah memastikan standard atau garis panduan yang dibuat adalah—

(a)

demi kepentingan keteraturan penjalanan fungsi dan pembangunan industri kredit pengguna, dengan mengambil kira akses berterusan pengguna kredit kepada kredit; dan

(b)

tidak memudaratkan kestabilan kewangan.

(3)

Seorang pengguna kredit boleh memohon bantuan kesusahan kewangan daripada suatu pemberi kredit berkenaan dengan suatu perjanjian kredit dengan pemberi kredit itu, jika mana-mana hal keadaan kesusahan kewangan yang ditentukan di bawah subseksyen (1) terpakai.

(4)

Setelah menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (3), pemberi kredit itu hendaklah membuat suatu penilaian untuk menentukan sama ada suatu bantuan boleh diberikan kepada pengguna kredit itu.

Undang-Undang Malaysia 82

(5)

Semasa suatu penilaian di bawah subseksyen (4), hak pemberi kredit itu untuk memulakan sebarang prosiding, pelaksanaan atau mana-mana proses undang-undang yang lain terhadap pengguna kredit itu hendaklah digantung.

(6)

Jika pemberi kredit itu berpuas hati bahawa bantuan kesusahan kewangan harus diberi, pemberi kredit itu hendaklah menentukan bentuk dan cara bantuan yang akan diberikan, melainkan jika

Suruhanjaya telah mengeluarkan suatu penentuan mengenai perkara itu di bawah perenggan (1)(b).

Pelakuan perniagaan dilarang

Report

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules