Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian VII · Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit
85. Pematuhan dengan peraturan-peraturan dan standard atau garis panduan mengenai pelakuan perniagaan
Feedback & supportBagi maksud seksyen 84, peraturan-peraturan di bawah seksyen 122 dan standard atau garis panduan di bawah seksyen 123
boleh termasuk yang berikut:
pelakuan perniagaan dilarang;
promosi apa-apa perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit, termasuk melalui penerbitan atau penyiaran suatu iklan;
kehendak ketelusan dan pendedahan, termasuk pemberian maklumat kepada seorang pengguna kredit yang tepat, jelas, tepat pada masanya dan tidak mengelirukan;
terma yang adil dalam suatu perjanjian kredit;
pengenaan faedah, keuntungan, fi atau caj;
pemberian penilaian kemampuan kredit yang ditawarkan kepada pengguna kredit termasuk hal keadaan jika kredit tidak boleh diberikan;
amalan kutipan hutang yang adil;
penyediaan bantuan kepada seorang pengguna kredit yang mengalami kesusahan kewangan untuk memenuhi kewajipan kewangannya di bawah suatu perjanjian kredit;
pengendalian aduan dan mekanisme penyelesaian pertikaian;
kekompetenan pegawai atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit termasuk untuk memastikan bahawa mereka menerima latihan secukupnya untuk terlibat dengan pengguna kredit; dan
pengurusan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan perniagaan atau hal ehwal mana-mana pengguna kredit.
Tiap-tiap pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya yang berhubungan dengan pelakuan perniagaan adalah selaras dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 122(2)(d) dan standard atau garis panduan yang dibuat di bawah perenggan 123(2)(c).
Kredit Pengguna 81
Tiap-tiap pengarah, pekongsi atau pegawai suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu termasuk dasar dan tatacara dalaman untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 122(2)(d) dan standard atau garis panduan yang dibuat di bawah perenggan 123(2)(c).