Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian IX · Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Perkhidmatan

60. Pilihan terhadap pembekal jika perkhidmatan tidak mematuhi gerenti

Feedback & support
(1)

Jika pengguna mempunyai hak tebus rugi terhadap pembekal di bawah Bahagian ini berkenaan dengan kegagalan apa-apa perkhidmatan atau apa-apa keluaran hasil daripada perkhidmatan itu untuk mematuhi gerenti di bawah Bahagian VIII, pengguna itu boleh menggunakan remedi yang berikut:

(a)

jika kegagalan itu ialah kegagalan yang dapat dibetulkan, pengguna boleh menghendaki pembekal membetulkan kegagalan itu dalam masa yang munasabah;

(b)

jika kegagalan itu ialah kegagalan yang tidak dapat dibetulkan atau bersifat substansial mengikut pengertian seksyen 62, pengguna boleh—

(i)

tertakluk pada seksyen 61, membatalkan kontrak bagi pembekalan perkhidmatan itu mengikut seksyen 63; atau

Perlindungan Pengguna 85

(ii)

mendapatkan ganti rugi daripada pembekal sebagai pampasan bagi apa-apa penurunan nilai keluaran hasil daripada perkhidmatan itu ke bawah caj yang telah dibayar atau kena dibayar oleh pengguna bagi perkhidmatan itu.

(2)

Sebagai tambahan kepada remedi di bawah subseksyen (1), pengguna boleh mendapatkan ganti rugi daripada pembekal bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh pengguna, selain kerugian atau kerosakan oleh sebab penurunan nilai keluaran hasil daripada perkhidmatan itu yang terbukti sebagai hasil atau akibat daripada kegagalan itu.

(3)

Jika pembekal enggan atau abai untuk membetulkan kegagalan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(a), atau enggan atau abai untuk berbuat demikian dalam masa yang munasabah, pengguna boleh—

(a)

membetulkan kegagalan itu di tempat lain dan mendapatkan semua kos munasabah yang ditanggung dalam membetulkan kegagalan itu daripada pembekal; atau

(b)

tertakluk pada seksyen 61, membatalkan kontrak bagi pembekalan perkhidmatan itu mengikut seksyen 63.

Report

Bahagian X

Liabiliti Keluaran

Bahagian XI

Majlis Penasihat Pengguna Negara

Bahagian XII

Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules