Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian IX · Hak Terhadap Pembekal Berkenaan Dengan Gerenti dalam Pembekalan Perkhidmatan
62. Kegagalan yang bersifat substansial
Feedback & supportBagi maksud perenggan 60(1)(b), kegagalan untuk mematuhi gerenti adalah bersifat substansial jika—
keluaran hasil daripada perkhidmatan itu—
pada matannya tidak sesuai bagi sesuatu maksud yang baginya perkhidmatan jenis yang berkenaan itu pada lazimnya dibekalkan; atau
jika subseksyen 54(1) terpakai—
tidak sesuai bagi maksud tertentu yang telah dimaklumkan kepada pembekal; atau
adalah sedemikian rupa jenis dan kualitinya sehingga keluaran itu tidak dapat dijangka akan mencapai sesuatu hasil tertentu yang telah dimaklumkan kepada pembekal, dan keluaran itu tidak dapat dibetulkan dengan mudah dan dalam masa yang munasabah bagi menjadikannya sesuai bagi maksud tertentu atau untuk mencapai hasil tertentu itu; atau
keluaran hasil daripada perkhidmatan itu adalah tidak selamat.