Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bahagian X · Liabiliti Keluaran

67. Erti “kecacatan”

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), kecacatan ada pada sesuatu keluaran bagi maksud Bahagian ini jika keselamatan keluaran itu tidaklah sebagaimana yang dijangkakan oleh seseorang secara umumnya.

(2)

Dalam menentukan apakah yang berhak dijangkakan oleh seseorang secara umumnya berhubung dengan sesuatu keluaran, semua hal keadaan yang berkaitan hendaklah diambil kira termasuk—

(a)

cara bagaimana, dan maksud yang baginya, keluaran itu telah dipasarkan;

(b)

cara pembuatan keluaran itu;

(c)

penggunaan apa-apa cap berhubung dengan keluaran itu;

(d)

arahan untuk atau amaran berkenaan dengan melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua dengan atau berhubung dengan keluaran itu;

(e)

apa yang semunasabahnya mungkin dijangka akan dilakukan dengan, atau berhubung dengan keluaran itu; dan

(f)

masa keluaran itu dibekalkan oleh pengeluarnya kepada orang lain.

Undang-Undang Malaysia 92

(3)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghendaki supaya sesuatu kecacatan disimpulkan hanya berdasarkan hakikat bahawa keselamatan sesuatu keluaran yang dibekalkan kemudiannya adalah lebih baik daripada keselamatan keluaran yang berkenaan.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “keselamatan”, berhubung dengan keluaran, hendaklah termasuk—

(a)

keselamatan berkenaan dengan keluaran yang terkandung di dalamnya;

(b)

keselamatan dalam konteks risiko terhadap kerosakan kepada harta; dan

(c)

keselamatan dalam konteks risiko terhadap kematian atau kecederaan diri.

Report

Bahagian XI

Majlis Penasihat Pengguna Negara

Bahagian XII

Tribunal bagi Tuntutan Pengguna

Bahagian XIII

Penguatkuasaan

Bahagian XIV

Am dan Pelbagai

Schedules