Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian X · Liabiliti Keluaran
70. Pemakaian undang-undang bertulis lain
Feedback & supportBagi maksud tuntutan di bawah Akta Undang-Undang
Sivil 1956, apa-apa kerosakan yang baginya seseorang itu menanggung liabiliti di bawah seksyen 68 hendaklah disifatkan telah disebabkan oleh perbuatan, keabaian atau keingkaran salah orang itu.
Jika orang yang menanggung kerosakan yang disebabkan pada keseluruhannya atau sebahagiannya oleh kecacatan pada sesuatu keluaran mati selepas menanggung kerosakan itu, permintaan kepada pembekal di bawah subseksyen 68(3) boleh, bagi maksud tuntutan di bawah Akta Undang-Undang Sivil 1956 dibuat oleh wakil diri atau orang tanggungan orang yang mati itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika apa-apa kerosakan disebabkan pada sebahagiannya oleh kecacatan pada sesuatu keluaran dan sebahagian lagi oleh kesalahan orang yang menanggung kerosakan itu, Akta Undang-Undang
Sivil 1956 hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah kecacatan itu adalah kesalahan tiap-tiap orang yang menanggung liabiliti di bawah Bahagian ini bagi kerosakan yang disebabkan oleh kecacatan itu.
Undang-Undang Malaysia 96
Bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis yang memberikan bidang kuasa pada mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa perkara, liabiliti bagi kerosakan di bawah Bahagian ini hendaklah dianggap sebagai liabiliti dalam tort.
Bagi maksud subseksyen (3), “kesalahan” mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Undang-Undang Sivil 1956.