Akta Perlindungan Pengguna 1999 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian X · Liabiliti Keluaran
69. Takat liabiliti bagi kerugian atau kerosakan
Feedback & supportJika apa-apa kerosakan disebabkan secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh kecacatan pada sesuatu keluaran, liabiliti orang yang menanggung liabiliti bagi kerosakan itu di bawah seksyen 68 tidaklah termasuk apa-apa kerugian atau kerosakan kepada—
keluaran yang cacat itu;
keseluruhan atau mana-mana bahagian keluaran itu yang mengandungi keluaran yang cacat itu; atau
mana-mana harta yang pada masa harta itu hilang atau rosak bukanlah—
harta daripada jenis yang lazimnya dimaksudkan bagi pemakaian, penghunian atau penggunaan persendirian; dan
dimaksudkan oleh orang yang mengalami kerugian atau kerosakan itu semata-mata bagi pemakaian, penghunian atau penggunaannya sendiri.
Bagi maksud perenggan (1)(c), kerugian atau kerosakan harta hendaklah disifatkan telah berlaku pada waktu paling awal orang yang mempunyai kepentingan mengenai harta itu mempunyai pengetahuan tentang fakta matan mengenai kerugian atau kerosakan itu.
Bagi maksud subseksyen (2)—
fakta matan mengenai apa-apa kerugian atau kerosakan kepada apa-apa harta adalah apa-apa fakta mengenai kerugian atau kerosakan yang boleh menyebabkan seseorang yang munasabah yang mempunyai kepentingan mengenai harta itu menganggap kerugian atau kerosakan itu cukup serius bagi mewajarkannya memulakan prosiding untuk mendapatkan ganti rugi terhadap seseorang defendan yang tidak mempertikaikan liabilitinya dan berupaya untuk memenuhi sesuatu penghakiman terhadapnya;
Perlindungan Pengguna 95
pengetahuan seseorang termasuklah pengetahuan yang dia mungkin semunasabahnya dijangkakan akan memperolehnya—
daripada fakta yang dapat dilihat atau dipastikan olehnya; atau
daripada fakta yang dapat dipastikan olehnya dengan bantuan nasihat pakar yang sesuai yang adalah munasabah untuk dia mendapatkannya:
Dengan syarat bahawa seseorang itu tidaklah boleh disifatkan mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu fakta yang dapat dipastikan olehnya hanya dengan bantuan nasihat pakar sahaja melainkan jika dia gagal untuk mengambil segala langkah yang munasabah untuk mendapatkan dan, jika bersesuaian, untuk bertindak atas nasihat itu.