Akta Hakcipta 1987 · Updated to 30 Jun 2022 · Bahagian VI · Remedi bagi Pelanggaran dan Kesalahan
42. Afidavit boleh diterima dalam keterangan
Feedback & supportAfidavit, petikan yang diperakui sah daripada Daftar Hak
Cipta yang disebut dalam seksyen 26B atau akuan berkanun yang dibuat di hadapan mana-mana orang yang mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang mengaku bahawa dia ialah—
pemunya hak cipta mengenai mana-mana karya yang layak dilindungi oleh hak cipta di bawah Akta ini yang menyatakan bahawa—
pada masa yang ditetapkan di dalamnya hak cipta wujud mengenai karya itu;
dia atau orang yang dinamakan di dalamnya adalah pemunya hak cipta itu; dan
satu salinan karya itu yang disertakan bersama-sama afidavit atau akaun berkanun itu adalah salinan asal karya itu; atau
pelaku dalam persembahan yang layak dilindungi oleh hak pelaku di bawah Akta ini yang menyatakan bahawa—
pada masa yang ditetapkan di dalamnya hak pelaku wujud mengenai persembahan itu;
dia atau orang yang dinamakan di dalamnya adalah pelaku itu; dan
satu salinan dokumen yang disertakan bersama-sama afidavit atau akuan berkanun itu adalah dokumen yang membuktikan bahawa dia atau orang yang dinamakan di dalamnya telah membuat persembahan dalam persembahan itu, bolehlah diterima sebagai keterangan di dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang terkandung di dalamnya.
90
Undang-Undang Malaysia
Mana-mana orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemunya hak cipta atau pelaku bagi maksud subseksyen (1)
adalah dikehendaki menunjukkan kuasa secara bertulis yang membenarkannya bertindak sedemikian.
(Dipotong oleh Akta A1082).