Skip to content

Seksyen 43B

Bagi maksud Bahagian ini—

of Akta Hakcipta 1987

ActIn forceProvision 75 of 111
Seksyen 43B

“rangkaian lain” ertinya apa-apa jenis rangkaian yang boleh disambungkan dengan rangkaian utama;

“mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi yang berkenaan di

Malaysia;

“salinan elektronik”, berhubungan dengan apa-apa karya, ertinya suatu salinan karya dalam bentuk elektronik dan termasuk versi asal karya itu dalam bentuk itu atas rangkaian;

“rangkaian pemula” ertinya rangkaian lain yang daripadanya suatu salinan elektronik bermula;

Hak Cipta 93

“rangkaian utama”, berhubungan dengan pemberi perkhidmatan, ertinya suatu rangkaian yang dikawal atau dikendalikan oleh atau bagi pemberi perkhidmatan itu;

“penghalaan” ertinya mengarahkan atau memilih cara atau hala bagi pemancaran data;

“pemberi perkhidmatan”—

(a)

bagi maksud seksyen 43C, ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan berhubungan dengan, atau mengadakan penyambungan bagi, capaian, pemancaran atau penghalaan data; dan

(b)

bagi maksud Bahagian ini selain seksyen 43C, ertinya seseorang yang memberikan, atau mengendalikan kemudahan bagi, perkhidmatan atas talian atau capaian rangkaian dan termasuk seseorang yang disebut dalam perenggan (a).