Skip to content

Seksyen 43I

Pembuat notis palsu melakukan kesalahan dan bertanggungan bagi ganti rugi

of Akta Hakcipta 1987

ActIn forceProvision 82 of 110
Seksyen 43I
(1)

Jika seseorang yang membuat pemberitahuan menurut seksyen 43H membuat apa-apa pernyataan yang palsu, yang diketahuinya adalah palsu atau yang tidak dipercayainya adalah benar, dan yang menyentuh apa-apa perkara yang penting bagi matlamat pemberitahuan itu—

(a)

dia telah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

dia bertanggungan untuk membayar pampasan kepada mana-mana orang yang mengalami apa-apa kehilangan atau kerugian akibat daripada pembuatan pemberitahuan itu.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai sama ada pernyataan itu dibuat di Malaysia atau tidak, dan jika seseorang membuat pernyataan di luar Malaysia, dia boleh dikendalikan di bawah perenggan (1)(a)

seolah-olah kesalahan itu dilakukan di Malaysia.