Seksyen 43G
Maklumat mengenai pemberi perkhidmatan
ActIn forceProvision 80 of 110
Seksyen 43G
(1)
Dalam memberikan perkhidmatannya kepada pengguna, pemberi perkhidmatan hendaklah menjadikan tersedia maklumat yang berikut dengan cara yang boleh dicapai oleh mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan itu:
(a)
nama dan alamat pemberi perkhidmatan; dan
(b)
perincian dan butiran ejen yang ditetapkan untuk menerima apa-apa aduan atau notis berkenaan dengan pengataan pelanggaran hak cipta.
Hak Cipta 99
(2)
Ketidakpatuhan subseksyen (1) oleh pemberi perkhidmatan tidak mengehakkan pemberi perkhidmatan itu untuk bergantung kepada perlindungan yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini.