Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VI · Prosiding Tatatertib

37. Kewajipan Jawatankuasa Penyiasatan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap aduan terhadap mana-mana kaunselor berdaftar hendaklah dialamatkan kepada Pendaftar yang hendaklah dengan serta-merta merujukkan aduan itu kepada Jawatankuasa Penyiasatan.

(2)

Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah menyiasat tiap-tiap aduan dan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengemukakan laporannya tentang aduan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib.

(3)

Tiap-tiap laporan di bawah subseksyen (2) hendaklah—

(a)

menyatakan sama ada terdapat alasan yang mencukupi untuk mengambil prosiding tatatertib terhadap seseorang kaunselor berdaftar; dan

(b)

disertakan dengan apa-apa keterangan sebagaimana yang diperoleh oleh Jawatankuasa Penyiasatan bagi menyokong pernyataan itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 580 26

Report

Bahagian VII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules