Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VI · Prosiding Tatatertib

38. Siasatan oleh Jawatankuasa Tatatertib

Feedback & support
(1)

Jika laporan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa

Penyiasatan menyatakan bahawa terdapat alasan yang mencukupi untuk mengambil prosiding tatatertib terhadap seseorang kaunselor berdaftar, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menjalankan siasatan tentang kes itu.

(2)

Seseorang kaunselor berdaftar yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh Jawatankuasa Tatatertib.

(3)

Kaunselor berdaftar yang terhadapnya prosiding tatatertib telah diambil hendaklah diberitahu oleh Pendaftar melalui pos berdaftar tentang keputusan Jawatankuasa Tatatertib dengan seberapa segera yang mungkin selepas keputusan itu dibuat.

Report

Bahagian VII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules