Counsellors Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Prosiding Tatatertib
43. Penyiaran nama orang yang dikeluarkan dari Daftar
Feedback & supportPendaftar hendaklah menyiarkan dalam Warta nama tiap-tiap kaunselor berdaftar yang namanya telah dikeluarkan dari Daftar—
(a)
apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen 42(1), jika kaunselor berdaftar itu tidak membuat rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib; atau
(b)
selepas keputusan Menteri yang mengesahkan keputusan
Jawatankuasa Tatatertib, jika kaunselor berdaftar membuat rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan.