Counsellors Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Prosiding Tatatertib
40. Hukuman tatatertib
Feedback & supportJawatankuasa Tatatertib hendaklah, apabila berpuas hati bahawa—
telah dibuktikan terhadap kaunselor berdaftar, atau kaunselor berdaftar telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
Kaunselor 27
suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda;
jika pendaftaran kaunselor berdaftar diperoleh melalui fraud atau salah nyataan; atau
kaunselor berdaftar menjadi bankrap, memerintahkan supaya nama kaunselor berdaftar itu dikeluarkan dari Daftar.
Jawatankuasa Tatatertib boleh, apabila berpuas hati bahawa—
kaunselor berdaftar telah menawarkan atau menerima suatu komisen yang pada pendapat Jawatankuasa Tatatertib ialah suatu komisen haram; atau
kaunselor berdaftar telah melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini, mengenakan mana-mana satu atau mana-mana kombinasi hukuman tatatertib yang berikut:
memerintahkan supaya nama kaunselor berdaftar itu dikeluarkan dari Daftar;
memerintahkan supaya nama kaunselor berdaftar itu digantung dari Daftar bagi tempoh yang tidak melebihi dua tahun;
memerintahkan pengenaan denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit;
memerintahkan supaya kaunselor berdaftar itu dicela.