Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian III · Pendaftaran Agensi Pelaporan Kredit
13. Permohonan untuk pendaftaran
Feedback & supportSeseorang yang berniat untuk menjalankan suatu perniagaan pelaporan kredit hendaklah mengemukakan suatu permohonan secara bertulis untuk pendaftaran sebagai suatu agensi pelaporan kredit kepada Pendaftar dalam apa-apa bentuk yang ditentukannya.
Tiap-tiap permohonan untuk pendaftaran hendaklah disertakan dengan—
suatu salinan memorandum persatuan dan perkara persatuan atau dokumen konstituen lain yang di bawahnya pemohon ditubuhkan, dan perakuan pemerbadanannya yang ditentusahkan dengan sewajarnya melalui suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pengarah pemohon itu;
suatu salinan akaun teraudit pemohon yang terkini, jika berkenaan; dan
apa-apa maklumat atau dokumen lain yang ditentukan oleh Pendaftar bagi maksud menentukan permohonan itu dan kesesuaian pemohon itu.
Pendaftar boleh secara bertulis pada bila-bila masa selepas permohonan itu diterima dan sebelum ia diputuskan, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa dokumen dan maklumat tambahan dalam masa yang dinyatakan oleh Pendaftar.
Agensi Pelaporan Kredit 21
Jika kehendak di bawah subseksyen (3) tidak dipatuhi, permohonan untuk pendaftaran itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik oleh pemohon dan tidak boleh diteruskan lagi oleh
Pendaftar, tetapi tanpa menjejaskan suatu permohonan baru dibuat oleh pemohon.