Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Agensi Pelaporan Kredit

15. Pembaharuan perakuan pendaftaran

Feedback & support
(1)

Suatu agensi pelaporan kredit boleh membuat suatu permohonan untuk pembaharuan perakuan pendaftaran tidak lewat daripada sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu mengikut cara dan bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Pendaftar, tetapi tiada permohonan untuk pembaharuan boleh dibenarkan jika permohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu.

(2)

Apabila membaharui suatu perakuan pendaftaran, Pendaftar boleh mengubah syarat atau sekatan yang dikenakan semasa perakuan pendaftaran itu dikeluarkan atau mengenakan syarat atau sekatan tambahan.

(3)

Pendaftar boleh enggan membaharui suatu perakuan pendaftaran—

(a)

jika agensi pelaporan kredit itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

jika agensi pelaporan kredit itu tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan semasa perakuan pendaftaran itu dikeluarkan; atau

(c)

jika dia berpuas hati bahawa agensi pelaporan kredit itu tidak boleh meneruskan perniagaan pelaporan kredit mengikut Akta ini.

Report

Bahagian IV

Pengurusan Agensi Pelaporan Kredit

Bahagian V

Penjalanan Perniagaan Agensi Pelaporan Kredit

Bahagian VI

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules