Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VI · Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan
36. Penyiasatan oleh Pendaftar
Feedback & supportJika Pendaftar menerima suatu aduan di bawah seksyen 35, Pendaftar hendaklah, tertakluk pada seksyen 37, menjalankan penyiasatan berhubung dengan agensi pelaporan kredit yang berkaitan untuk memastikan sama ada perbuatan, amalan atau permintaan yang dinyatakan dalam aduan itu melanggar peruntukan Akta ini.
Jika Pendaftar mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perbuatan, amalan atau permintaan telah dilakukan atau dibuat, atau sedang dilakukan atau dibuat, oleh agensi pelaporan kredit yang berkaitan yang berhubungan dengan maklumat kredit itu dan perbuatan, amalan atau permintaan itu mungkin melanggar peruntukan Akta ini, Pendaftar boleh menjalankan penyiasatan berhubung dengan agensi pelaporan kredit yang berkaitan itu untuk memastikan sama ada perbuatan, amalan atau permintaan itu melanggar peruntukan Akta ini.
Peruntukan Bahagian VII hendaklah terpakai berkenaan dengan penyiasatan yang dijalankan oleh Pendaftar di bawah
Bahagian ini.
Agensi Pelaporan Kredit 49